Piagam Sekolah
Matlamat kami ialah untuk melahirkan satu generasi
yang berkaliber dan berpotensi bagi menyahut Wawasan 2020. Oleh itu, kami berjanji dengan sedaya upaya untuk:-
Ø Mencurahkan ilmu pengetahuan dengan menggunakan kaedah pendekatan yang sesuai dan berkesan
Ø Menyedikan satu situasi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokan bagi memotivasikan pembelajaran
Ø Meningkatkan mutu pentadbiran sekolah dari segi perkhidmatan, disiplin serta kemudahan kurikulum dan kokurikulum
Ø Memberikan pendidikan yang berterusan kepada generasi baru dan melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi, jasmani dan sosial
Ø Sentisa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu dari segi akademik dan sahsiah murid.
TERAS PERKHIDMATAN
Ø Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
Ø Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Ø Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
Ø Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan mesra
Ø Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
Ø Bekerjasama dan membenteras kelemahan dan musuh-musuh negara
Ø Berpegang teguh kepada ajaran agama
MATLAMAT SEKOLAH
Matlamat yang tertera di bawah menjadi panduan bagi sekolah ini agar pembelajaran
dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya:-
Ø Menyediakan
sistem pembelajaran yang baik berasaskan budaya ilmu bagi mencapai pendidikan amnya dan matlamat sekolah khususnya.
Ø Membimbing
pelajar menuju pencapaian yang bersifat holistik yang merangkumi pembelajaran dibilik darjah mahupun kegitan lain yang diusahakan
oleh pihak sekolah.
Ø Memberi peluang
kepada murid-murid tanpa mengira latar belakang agama dan keturunan untuk mendapatkan pendidikan yang sebaik-baiknya.
Ø Mewujudkan
kerjasama di antara pentadbir, pengajar dan pelajar untuk merealisasikan situasi yang harmoni dan bersepadu.
Ø Melahirkan
pelajar-pelajar berdisiplin dan berpesonaliti seimbang dari segi fizikal dan mental.
Ø Memantapkan rangkaian permuafakatan antara pihak sekolah dan ibu bapa.