Sekolah A.C.G.S dibuka pada tahun 1892 oleh De B.F.West. Sekolah itu terletak di Jalan Northam (sekarang
Jalan Sultan Ahmad Shah) dengan 2 orang murid sahaja. Puan G.F Pykett menjadi pengetua yang pertama.
Bilangan murid meningkat dari 2 orang pada tahun 1982 ke 638 orang pelajar pada tahun
1939. Keperluan untuk meluaskan tanah sekolah menyebabkan sekolah berpindah dari Jalan Northam ke Jalan Acheen dan ke Jalan
Burmah (dekat dengan gereja Methodist sekarang). Dari Jalan Burmah, sekolah berpindah tapak lagi ke Jalan Pinang.
Pada
tahun 1915, sekolah berpindah lagi ke sebuah rumah lama kepunyaan Sultan Perak iaitu di persimpangan jalan Logan
dan Jalan Anson. Tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan sebuah sekolah yang mampu mengisi 450 orang pelajar.Pada tahun 1923,
sebuah bilik drill, sebuah dewan dan tiga buah bilik yang kecil di bina. Pada tahun1932, satu unit enam bilik dibina dan pada
masa itulah bermulanya sebuah sekolah yang baru. Cadangan dibuat dan dipersetujui untukmembina sebuah bangunan yang baru tetapi
alangkah malangnya, Peperangan Dunia Kedua telah bermula pada tahun 1939 dan cadangan itu terpaksa ditangguhkan.
Pada masa pemerintahan Jepun, sekolah ACGS dijadikan sebuah penjara. Pada
tahun 1941 hngga ke 1945, sekolah digunakan sebagai Pejabat Pos.
Selepas
peperangan, cadangan untuk belajar mendapat sambutan yang hangat. Ramai kanak-kanak telah dihantar oleh ibu bapa mereka ke
sekolah. Pada
tahun 1950, kedatangan murid meningkat ke 900 orang pelajar. Rancangan untuk meneruskan pembangunan
sekolah dilaksanakan.
Pakaian seragam diperkenalkan. Sebelum tahun 1951, murid-murid datang ke sekolah
berpakaian samfoo dan cheongsam. Pakaian seragam ialah baju ‘pinafore’ berwarna hijau di atas blaus putih. Pada
tahun 1952, Encik Khoo Sian Ewe dan isteri memberi sebidang tanah untuk kegunaan sekolah. Rumah Winchell yang dahulunya menjadi
asrama untuk 80 orang murid yang berbilang bangsa, telah menjadi sebuah tadika. Pada masa itu juga, sekolah ACGS dipilih sebagai
tempat mengundi untuk pilihanraya pertama Majils Tempatan Pulau Pinang.
Pada
tahun 1953, satu unit 10 bilik (sekarang digunakan oleh penuntut Tingkatan 5) telah habis dibina dan dibuka secara rasmi oleh
Encik R.P Bingham, seorang resident Commissioner. Sebuah makmal Sains dan blok sanitariam siap dibina. Bilik masak rumah Winchell
digunakan untuk bilik Sains Rumahtangga. ACGS merupakan sebuah sekolah yang pertama membenarkan penuntut-penuntut mengambil
mata pelajaran Masakan dan Jahitan sebagai satu mata pelajaran dalam peperiksaan Senior Cambridge.
Pada
tahun 1956, Bishop L Archer meletakan batu asas pada bangunan yang baru iaitu Bangunan Pejabat, Dewan, Bilik Pentadbiran serta
sepuluh buah bilik.
“Operasi
kerusi” iaitu sumbangan untuk memperolehi peralatan bilik darjah dilancarkan secara besar- besaran. Penderma yang menderma sebanyak RM25.00 diukirkan namanya di belakang kerusi.
Pada
tahun 1957, nama Sekolah ACGS ditukar kepada Methodist Girls’ School dan sekolah itu dibahagi kepada dua bahagian iaitu
bahagian rendah dan menengah. Cik Ho Siew Kheng menjadi pengetua pertama untuk sekolah rendah manakala Cik N.R. Moreira menjadi
pengetua yang pertama. Rumah kediaman Sultan Perak dirobohkan pada bulan April kerana bangunan baru siap dibina.
Bangunan itu dirasmikan oleh En. R.P. Bingham dan dihadiahkan oleh Bishop Amstutz.
Pada
tahun 1962, ulangtahun sekolah yang ke 70. Sempena hari itu, sebuah blok bangunan yang terdiri daripada kantin, bilik seni,
bilikmuzik dan bilik sains rumahtangga dirasmikan oleh ketua Pengarah Pendidikan Pelajaran, Pulau Pinang dan di hadiahkan
oleh Bishop Amstutz.
Dua
tahun selepas itu sebuah blok sains 3 tingkat dirasmikan oleh yang berhormat Pegawai Pendidikan, En Abd Rahman Bin Hj Taib.
Kini, tingkat bawah digunakan oleh sekolah rendah. Auditorium Lee Keng Chian, Gimnasium dan 3 bilik darjah telah dirasmikan
oleh En Mohd Khir Johari, Menteri Pendidikan Malaysia sumbangan Bishop Yao Kim Hao.
MGS
meraikan ulang tahunnya yang ke 90 pada tahun 1972. Sekolah ini telah mencapai kemajuan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.
Sistem alat siaran am telah dipasangkan di selurh sekolah.
Sekolah
MGS pada kurun ke 20 adalah sebuah sekolah rendah/ menengah yang lengkap dengan segala kemudahan. Sekolah MGS mempunyai sebuah
perpustakaan, pusat sumber, makmal sains, sebuah bilik untuk kemahiran hidup dan kantin.
Auditorim
sekolah telah terbakar pada 11 MAC 1989. Melalui projek “Buy A Brick” yang ditajakan oleh PIBG sekolah rendah
dan menengah serta jumlah kutipan yang diberi oleh ibubapa, para pelajar, bekas pelajar, bekas guru dan orang ramai. Sebuah
auditorium baru dibina lengkap dengan kerusi,pentas, langsir dan sebuah piano. Piano itu dihadiahi oleh Dato Kee Phaik Cheen,
ahli EXCO Pulau Pinang dan bekas murid sekolah ini. Auditorium itu dibaik pulih menjelang ulang tahun ke 100. Ulang tahun
ke 100 disambut pada tahun 1992.
Sekolah MGS telah berkembang dalam setiap bidang dan sekolah ini akan terus berkembang
dari sekarang untuk mendidik murid- murid dan menghasilkan masyarakat yang berketerampilan dan berakhlak moral. Moto sekolah,
“WE SERVE” akan terus mendidik anak Malaysia
untuk mewujudkan layanan dan perwatakan yang baik.